Monday, January 3, 2011

APA ITU PDK?

PEMULIHAN DALAM KOMUNITI SERI SETIA PASIR PANJANG SEKINCHAN, SELANGOR DARUL EHSAN




1.    Mukaddimah

PDK? Apakah itu PDK dan apakah peranan penubuhan sesebuah PDK?Jarang sekali bagi masyarakat setempat khususnya di luar bandar mengetahui apakah itu PDK. Melainkan seandainya mereka mempunyai atau yang bergaul rapat dengan orang-orang kurang upaya atau mereka yang terlibat dengan badan-badan sukarela sahaja, namun tidak ramai yang mengetahuinya.

          PDK atau Pemulihan Dalam Komuniti merupakan sebuah badan yang menjalankan proses pemulihan dalam komuniti tempatan. Di mana ibubapa/ ahli keluarga lain yang terdekat/komuniti (saudara-mara, pemimpin tempatan, pertubuhan/pekerja sukarela,NGO dan agensi kerajaan) memainkan peranan penting dalam menjayakan program PDK ini. Ia juga merupakan usaha mencegah dan membantu orang kurang upaya khususnya diperingkat tempatan di samping menggunakan teknologi dan kos yang rendah serta menggunakan sumber komuniti.


2.    Rasional:

a)     Kanak-kanak OKU dilatih dalam komunitinya  sendiri supaya menepati naluri kanak-kanak membesar dan belajar di samping ibu bapa atau penjaganya sendiri.
b)    Memberi ruang kepada masyarakat setempat  melibatkan diri di dalam aktiviti sukarela seperti yang digalakkan oleh budaya manusia dan agama.
c)     Mneepati Pengisytiharan Sejagat Hak Asasi Manusia, Perhimpunan Agong Bangsa-bangsa Bersatu (1989), telah memproklamasikan bahawa zaman kanak-kanak kepada penjagaan dan bantuan yang diperlukan di dalam komunitinya sendiri.
d)    Mengiktiraf bahawa kanak-kanak patut membesar dalam persekitaran kekeluargaan, suasana harmoni dan bahagia, kasih sayang dan persefahaman sepenuhnya di dalam keluarga dan masyarakatnya.
e)    Mengelak daripada melatih kanak-kanak OKU yang dikumpul di dalam satu institusi yang berjauhan daripada keluarga kerana cara sedemikian tidak menepati perkembangan emosi dan sahsiah kanak-kanak.
f)     Memberi bimbingan dan latihan-latihan asas pendidikan agama islam(kerohanian) serta asas bimbingan akademik.


3.    Tarikh Penubuhan PDK Seri Setia

Secara umumnya Pemulihan Dalam Komuniti ini ditubuhkan pada tahun 1993 namun secara rasminya ia ditubuhkan pada 23 Mac 1994 dan ia terletak di sebuah Pekan Pasir Panjang, Sekinchan Selangor Darul Ehsan (Sila lihat Lampiran I). Ia mempunyai keluasan 80 kaki x 30 kaki (Lampiran II). Kelas pemulihan ini diadakan pada setiap hari Isnin hingga hari Jumaat bermula jam 3.00 petang hingga 6.00 petang(Lampiran III). Bilangan klien yang berdaftar pada masa kini ini adalah berjumlah 38 orang yang terdiri daripada kumpulan remaja dan kanak-kanak.


4.    Pemilihan Nama PDK Seri Setia

          Pemilihan nama PDK Seri Setia telah dipilih dan ia adalah cadangan daripada seorang Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah, dan nama ini difikirkan sesuai kerana ia mempunyai pengertian yang meluas dan mendalam. Ini kerana SETIA itu dirujuk kepada sikap patuh dan taat. Samaada taat dalam segala hal yang berkaitan urusan pengurusan, pentadbiran, ekonomi, keluarga dan lain-lain. Namun yang paling penting adalah setia dengan amanah-amanah yang telah dipertanggungjawabkan dan tidak melakukan pengkhianatan yang mengakibatkan hilangnya kepercayaan dan kehormatan diri.

       Walaupun PDK Seri Setia baru berusia setahun jagung namun atas nasihat dan tunjuk ajar yang telah diberikan oleh pihak atasan seperti badan NGO , Majlis Kebajikan Kebangsaan Malaysia, pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah, individu-individu yang berkenaan alhamdulillah pengurusan dan pentadbiran dapat dijalankan dengan mudah serta pernah  dianugerahkan sebagai Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Terbaik Peringkat Negeri Selangor sempena Perayaan Hari Orang Kurang Upaya, dan dengan adanya bantuan-bantuan yang diterima, pihak PDK telah dapat menyediakan kemudahan-kemudahan untuk PDK Seri Setia ini.



5.                Kemudahan-kemudahan yang terdapat di PDK Seri Setia

Dengan adanya bantuan-bantuan yang diterima, pihak PDK telah dapat menyediakan kemudahan-kemudahan untuk PDK Seri Setia ini, antaranya adalah :


  Bangunan,Tandas, peralatan fisioterapi, alat bantu mengajar, alatan sukan, motor  halus (peralatan puzzle,kraftangan dll), peralatan muzik dan lain-lain.


Ini bertujuan untuk  memudahkan dan melicinkan pengurusan dan perlaksanan di PDK Seri Setia Pasir Panjang, berikutan itu juga satu jawatankuasa ditubuhkan yang terdiri daripada Pegawai JKM, penjaga klien dan tenaga pekerja PDK.

No comments:

Post a Comment