Monday, January 3, 2011

SEJARAH PENUBUHAN PDK SERI SETIA PASIR PANJANG

SEJARAH PENUBUHAN PDK SERI SETIA PASIR PANJANG

(ANEKDOT PDK SERI SETIA)


Tahun 1991 – 1993


Saya merupakan salah seorang tenaga pengajar di Tadika Islam  yang ketika itu mempunyai seramai 50 orang murid dan terdiri daripada anak-anak kurang upaya (iaitu seramai 3 orang). Dan secara tidak langsung saya telah menjadi sukarelawan dalam mengajar dan mengasuh anak-anak kurang upaya  ini.



Tahun 1993


Pada tahun ini saya telah dilantik sebagai Ahli Jawatan Kuasa Program Desa Daerah bagi mewujudkan dan mengendalikan kelas khas anak-anak Kurang Upaya di sebelah petang di bangunan Tadika Islam (TASKI As Saadah Pasir Panjang).



Pertengahan Tahun 1993


Unit PDK telah mengadakan satu pebincangan bersama kakitangan Program Desa serta ahli Jawatankuasa TASKI As Saadah Pasir Panjang, para penjaga klien PDK dan melibatkan beberapa orang masyarakat setempat. Tujuan perbincangan diadakan adalah untuk mengatur program PDK yang hendak dijalankan setiap minggu. Keputusan perbincangan dipersetujui oleh semua yang hadir.

Aktiviti dan latihan yang dijalankan:
        i.            Latihan Kemahiran Berdikari
      ii.            Asas Pengetahuan Agama Islam
    iii.            Fisioterapi
    iv.            Latihan Pertuturan dan pergerakan

Ketika itu hanya terdapat 9 orang pelajar kurang upaya yang terdiri daripada :

  2 pelajar Down Syndrome
  3 orang pelajar lemah I.Q
  1 orang OKUpenglihatan dan pendengaran
  2 orang pelajar  lumpuh
  1 orang pelajar cacat fizikal


Akhir Tahun 1993


PDK ini sudah mula bergerak bersama-sama kakitangan Program Desa Daerah serta beroperasi dari rumah ke rumah dan membuat satu  kaji selidik ke atas setiap klien. Program ini dijalankan sebanyak dua kali seminggu. Program ini juga telah mendapat persetujuan daripada Pegawai JKM Daerah Sabak Bernam iaitu Encik Kamil Bin Haji Lokmat sebagai pemangku. Manakala kakitangan Program Desa yang berkhidmat ketika itu terdiri daripada :     
a)     Cik Ranjit
b)    Cik Sumathi
c)     Puan Nalini
d)    Puan Muslimah
e)    Puan Rohana Saidin
f)     Cik Zaitun
Tahun 1994

Kemudian pengusaha telah ditawarkan oleh pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Sabak Bernam iaitu Encik Bahari Bin Baharom sebagai pekerja PDK yang tetap. Dan pekerja PDK juga telah mula mendapat elaun daripada pihak JKM sebanyak RM 300.00 setiap seorang. Setiap pekerja juga dikehendaki menghantar kertas laporan kertas kepada pihak JKM sehinggalah pada awal tahun 1995  Pada tahun ini juga kelas pemulihan telah mula dijalankan sebanyak 4 kali dalam seminggu iaitu pada hari Isnin hingga hari Khamis. Sekitar tahun ini juga para sukarelawan PDK Seri Setia ini telah mendapat bimbingan dan latihan teori dan amali daripada badan-badan NGOs selain daripada JKM Negeri Selangor.


Tahun 1995 – 1996

Pada tahun 1995 Program Desa Daerah telah diserahkan kepada Persatuan Masyarakat Penyayang Daerah Sungai Besar. Aktiviti-aktiviti dijalankan seperti biasa bersama kakitangan Persatuan Masyarakat Penyayang. Aktiviti dilakukan secara bergilir oleh kakitangan Persatuan Masyarakat Penyayang yang berkhidmat selama 1 hari dan 3 hari oleh sukarela daripada unit PDK sendiri. Pada ketika ini bilangan murid semakin bertambah iaitu seramai 13 orang. Dengan adanya tenaga sukarela seramai 2 orang ini mereka juga sentiasa mendapat bimbingan dan galakan daripada pihak NGO berkaitan pengurusan dan bimbingan serta pendidikan yang berkaitan dengan OKU.

Pada tahun 1996 Persatuan Masyarakat Penyayang telah ditadbir oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah dan Ahli-Jawatankuasa masyarakat setempat.

Oleh kerana bilangan semakin bertambah maka unit PDK Seri Setia telah memohon peralatan-peralatan yang berkaitan daripada JKM Daerah, Alhamdulillah telah mendapat kelulusan daripada pihak atasan dan bantuan yang diterima adalah sejumlah RM 5,000.00 Ringgit Malaysia Lima Ribu sahaja) tetapi jumlah yang diterima oleh pihak PDK hanyalah sebanyak RM 3,000.00 (Ringgit Malaysia Tiga Ribu sahaja) sedangkan keperluan peralatan yang diperlukan masih tidak mencukupi.

Tahun 1997

Pada tahun ini bilangan klien semakin meningkat kepada 16 orang. Maka kelas bimbingan dijalankan selama 5 hari dalam seminggu. Manakala pada setiap hari Jumaat para sukarelawan akan membuat lawatan ke rumah-rumah klien.

Pada akhir tahun ini juga sebuah bangunan telah didirikan dengan bermodalkan wang sendiri berjumlah RM 30,000 (Ringgit Malaysia tiga puluh ribu sahaja). Manakala pada tahun 1998 bangunan tersebut telah dirasmikan oleh Datin Paduka Hajjah Zaleha Binti Haji Ismail selaku Menteri Perpaduan dan Kebajikan Masyarakat

Pada tahun tersebut juga Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Sabak Bernam  telah mengambil alih urusan pentadbiran PDK-PDK di daerah Sabak Bernam. Aktiviti dijalankan seperti biasa dan para sukarelawan sentiasa mendapat bimbingan dan kursus yang
berkaitan pengurusan dan pendidikan OKU daripada pihak JKM dan pihak Majlis Selangor.




Tahun 1998 – 1999

Oleh kerana bilangan klien yang semakin bertambah dari semasa ke semasa iaitu seramai 34 orang maka Ahli Jawatan Kuasa PDK Seri Setia telah memohon daripada pihak JKM Daerah  seramai 2 orang tenaga sukarelawan di PDK Seri Setia Pasir Panjang. Tetapi keputusan permohonan masih belum lagi diterima dan ini amat menyukarkan pihak unit PDK ini dalam mengurus dan membimbing OKU. Akhirnya pada akhir tahun 1999 permohonan tersebut telah diluluskan.

Pada tahun 1999 PDK Seri Setia telah mendapat bantuan kewangan daripada Yayasan Kebajikan Negara Malaysia sebanyak RM20,000 (Ringgit Malaysia dua puluh ribu sahaja) atas tujuan meningkatkan kualiti latihan dan aktiviti-aktiviti ke atas anak-anak OKU.

No comments:

Post a Comment