Monday, January 3, 2011

PEMBUKAAN

PENDAHULUAN

Selawat dan salam ke atas Nabi Junjungan kita Nabi Muhammad SAW beserta keluarga dan para sahabat dan bersyukur ke hadrat Ilahi di atas limpahan Rahmat dan HidayahNya ke atas hamba-hambaNya.

        Bersyukur kepada Yang Esa dengan izinNya maka pihak kami iaitu PDK Seri Setia Pasir Panjang dapat menyediakan  Diari Bersejarah yang ringkas berkenaan Penubuhan PDK Seri Setia Pasir Panjang serta yang berkaitan dengannya. Semenjak penubuhannya yang kini sudah menghampiri sebelas tahun terlalu banyak peristiwa suka duka, pahit manis yang dilalui. Namun biarlah rencah perjuangan itu menjadi lipatan sejarah di dalam ingatan insan-insan yang terlibat di dalam memperjuangkan dan melaksanakan matlamat penubuhan PDK ini di samping memberi bantuan dan bimbingan kepada golongan Orang-orang Kurang Upaya di Kampung Pasir Panjang ini. Sesungguhnya tanpa usaha yang gigih, kesabaran, kecekalan serta dorongan daripada insan-insan yang memberikan sokongan dari belakang dan tawakkal kepada Yang Maha Esa maka mustahil PDK Seri Setia dapat berdiri berperanan seperti yang ada sekarang. Apatah lagi sejak penubuhannya ia sentiasa mendapat perhatian, bimbingan dan bantuan daripada pihak-pihak tertentu seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah dan Negeri Selangor, Badan Majlis Kebajikan dan Pembangunan Negeri Selangor dan badan-badan NGOs yang lain. Secara tidak langsung faktor ini juga telah melancarkan dan memudahkan lagi dalam melaksanakan matlamat penubuhannya di samping matlamat-matlamat yang lain.

        Harapan kami agar Diari Bersejarah yang ringkas ini dapat memberikan maklumat dan menjadi bahan rujukan
kepadamereka yang ingin mengetahui tentang Penubuhan PDK Seri Setia Pasir Panjang.


No comments:

Post a Comment